Jennifer Aniston & John Mayer dah berpisah?

Nampaknya Jennifer Aniston, yang baru sebulan dulu menyambut ulangtahunnya yang ke-40 telah kembali solo.

Dikhabarkan teman lelakinya John Mayer telah memutuskan hubungan mereka sejurus selapas Aniston pulang dari Eropah kira-kira seminggu yang lalu.

Wakil dari kedua-dua belah pihak tidak memberi komen, tetapi kawan rapat mereka menyatakan perpisahan ini tidak semestinya berkekalan.

Mungkin juga memang bukan jodoh mereka untuk bersama.

Tinggalkan Komen

Sesame Street turut terjejas oleh situasi ekonomi yang buruk

Kita dengar Sesame Street juga terjejas oleh kegawatan ekonomi. Di laporkan kira-kira 67 pekerja dari syarikat disebalik Sesame Street akan dibuang kerja tidak lama lagi.

Sungguh menyedihkan.

Tinggalkan Komen

American Idol – Top 13

Adam LambertYang pasti, mereka memang berbakat. Yang tidak pasti, dapatkah mereka menambat hati penonton-penonton dia Amerika?

Persembahan yang bertemakan lagu-lagu Michael Jackson boleh dikatakan mencuit hati.

Lil Rounds, berumur 23 tahun, ibu kepada 3 orang anak telah memilih lagu “The Way You Make Me Feel”. Persembahan Lil yang unik dapat memikat hati pengadil, terutama sekali Randy Jackson.

Scott MacIntyre , berumur 23 tahun dan cacat penglihatan memilih lagu “Keep The Faith”. Mungkin tidak ramai yang mengenali lagu ini, tetapi Scott membuat persembahan yang baik. Simon Cowell tidak bersetuju dengan pilihan lagu Scott. Tetapi, Kara DioGuardi berkata Scott dapat menyampaikan mesej yang positif dengan persembahannya.

Danny Gokey, seorang direktor musik gereja. Danny memilih lagu P.Y.T (Pretty Young Thing). Penyampaiannya bertenaga dan menyeronokkan, tetapi tariannya …. hmmm … Danny perlu lebih latihan.

Michael Sarver, seorang pekerja ‘oil rig’ memilih lagu “You Are Not Alone”. Persembahan Michael bukanlah yang terbaik pada malam itu tapi, ia dapat menambat hati Simon Cowell kerana penyampaian Michael yang penuh perasaan.

Peserta berumur 16 tahun, Jasmine Murray, pada sayalah, mengecewakan sedikit. Persembahannya, dengan lagu “I’ll Be There” tidak memberi apa-apa kesan.

Peserta yang sememangnya menonjolkan keupayaannya ialah Adam Lambert. Penyampaian lagu “Black Or White” oleh Adam sememangnya jauh beza dengan persembahan sebelumnya. Adam betul-betul menunjukkan bakatnya malam tadi.

Tinggalkan Komen

Idola Amerika (American Idol) bermasalah?

Logo American Idol

Logo American Idol

Terkejut juga kita bila dengar yang nombor talipon untuk peserta 13 bukanlah milik AI, tetapi milik servis yang … emmm … boleh dikatakan kontroversial.

Dikhabarkan, jika anda cuba putar 1-800-IDOLS-13, suara merdu di talian akan menjemput ada untuk ‘berbual’ dengan gadis-gadis yang sedang menunggu anda.

Tulah, siapa suruh pilih 13 peserta? Kalau nak membuat perubahan pun, periksalah dulu jika nombor it masih ada.

Walau apapun, penerbit rancangan telah mendedahkan bahawa peserta nombor 13 akan diberi nombor baru. Apakah nombor tu? Tentulah rahsia.

Tema untuk kali ini – Michael Jackson.

Tinggalkan Komen

Charles Barkley keluar penjara

Hai, dari gelanggang bola keranjang, masuk ke penjara. Sungguh tak glam.

Charles Barkley, pemain bola keranjang terkenal suatu masa dahulu baru saja keluar penjara. Barkley dipenjarakan 36 jam kerana kesalahan DUI ataupun Driving Under the Influence; memandu sewaktu mabuk.  Beliau juga disaman USD2,000. Beliau ditangkap pada 31 Disember lalu.

Bukannya lama, tak sampai pun dua hari. Dan saman USD2,000 tu taklah banyak jika dibandingkan dengan pendapatan Barkley.

Tinggalkan Komen

Oprah beri perhatian pada isu Rihanna

Sememangnya dah heboh cerita Chris Brown mengasari Rihanna sehari sebelum persembahan Anugerah Grammy. Lebih heboh lagi bila dikhabarkan yang Rihanna telah menerima Brown kembali, dan ada desas-desus yang mereka akan bernikah tak lama lagi.

Ramai peminat Rihanna kecewa dengan tindakannya itu. Boleh dikatakan ramai yang tidak bersetuju. Iyelah, kalau dah sekali dia berkasar, besar kemungkinan akan berlaku lagi.

Diva program ‘talk show’ Oprah Winfrey dikhabarkan akan memberi sepenuh perhatiannya pada isu Kekasaran Sewaktu Berpacaran di dalam programnya yang akan datang.

Beliau akan menjemput Tyra Banks untuk sama-sama berbincang tentang isu tersebut.

Menurut laporan, Oprah telah memberi pandangannya kepada Rihanna melalui ‘talkshow’nya. Beliu telah berkata, “Kasih sayang tidak seharusnya diiringi kesakitan. Jika seseorang mengasari ada sekali, dia akan mengasari anda berulang kali. Tidak ada alasan bagi kekasaran seperti ini.”

Kalau kita lah, memang dah lama si Chris Brown tu ditinggalkan.  Kita setuju dengan Oprah seratus peratus.  Memang tidak ada alasan bagi kekasaran terhadap wanita!

Tinggalkan Komen

Chris Brown dan Rihanna berduet? Betul ke?

Chris Brown & Rihanna

Chris Brown & Rihanna

Dengar-dengar dorang berdua sekarang nie tengah sibuk dengan persiapan untuk berduet dalam album terbaru Chris Brown yang akan dikeluarkan tak lama lagi.

Kita juga dimaklumkan, bukan calang-calang produser yang diambil Chris Brown.  Dikhabarkan, Polow Da Don yang pernah satu masa dulu berkerjasama dengan Brown sedang sibuk membuat persiapan bersama Rihanna dan Brown.

Entah betul entah tidak, kita tak pasti. Apa yang pasti sekarang, si Chris Brown nie bukannya boleh percaya sangat.

Silap haribulan, dia tampar si Rihanna lagi kot. Ish ish ish.

Tinggalkan Komen